Wednesday, October 7, 2009

ABDULLAH AHMAD: 'SAYA CARI PENYAKIT'

Wawancara Musli Oli dengan Abdullah Kok Lanas mengenai program kunjungan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ke Kota Bharu. Sessi wawancara ini berlangsung di Chow Kit pada Rabu 18 Julai 2008.

MUSLI: Minta penjelasan tentang program Tun Dr Mahathir di Kota Bharu 28 Julai lepas?

ABDULLAH AHMAD: Bila Tun Dr Mahathir Mohamad balik, saya ambil alih menganjurkan program dari Mubarak. Ramai orang telefon saya, Nik Sufian (Nik Sapeia) pun telefon saya, saya kata bolehlah, tapi you menumpang saja. Ibrahim Ali memang dah lama menulis surat jemput Tun ke Kelantan, pejabat Tun kata boleh, tetapi terpulang kepada saya (untuk memberikan program).

Sebenarnya pejabat Dr M beri kepada saya one whole day, saya punya program satu saja, iaitu majlis pukul 3, maka selepas itu, saya berikan kepada Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) bukan kepada Ibrahim Ali.

Sebab dalam MTRK ramai orang Umno. Program saya pukul 3 tu ramai orang Umno, boleh dikatakan pemimpin PAS tak ada, kita tak mahu dituduh digunakan oleh pembangkang.

Cuma pada majlis malam itu di MTRK ramai orang PAS termasuk Nik Aziz
(Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat) dan pemimpin kerajaan yang lain. Dalam majlis itu pun Tun tidak bercakap politik dalam negara, cuma bercakap politik antarabangsa sahaja.


Dari segi dorongan, apa tujuan Tan Sri ambil alih penganjuran majlis itu daripada Mubarak?

Tidak ada dorongan. Orang Kelantan, orang Melayu, orang Timur, terkenal dengan adat resam, budi bicara, sopan santun. You panggil I makan nasi, you dah umum seluruh dunia, dah tulis surat, lepas tu you kata tak boleh, kerana you kata jiran you tak suka atau ketua you tak suka.

You tak fikir ke masa buat jemputan itu? Kalau ada kematian hari itu pun bagus juga kita boleh ajak sembahyang jenazah sekali. Ini bukan adat resam orang Kelantan, bukan adat resam orang Timur tarik balik jemputan.

So, saya ambil alih supaya tidak tergendala. Maka macam-macamlah orang yang ganggu. Syukur alhamdulillah majlis itu berjaya, cuma yang tidak berjaya Dr M nak ucap terima kasih di airport Pengkalan Chepa. Bukan dia nak cakap banyak, dia hanya nak ucap terima kasih. Sebenarnya yang penting sekali program pukul 3 itu, iaitu forum yang dianjurkan oleh alumni Umno dan program malam itu anjuran MTRK.


Ada dakwaan bahawa Tan Sri seolah-olah ada masalah dengan PM (semasa di NST), sebab itu anjur program Mahathir?

Saya tak ada masalah dengan PM, itu tiga tahun dulu. Dalam interview saya dalam Agendadaily.com, I kata I masih Umno, I sokong PM, I tak mahu PM kalah, I tak mahu Umno kalah. Malah I kata I simpati dengan Khairy. I kata beribu orang nak jadi macam Khairy Jamaluddin. Orang nak kata, orang katalah, tapi apa asasnya?

Saya ditawar jadi Duta di Erpoah, saya tak mahu sedangkan orang lain cium punggung, nak dapat jawatan bawahan. Ini Dollah Ahmadlah!

Then, Dr M, adakah mereka fikir dia bodoh sangat nak dengar cakap saya. Come on man don�t be an idiot.

Badawi buang saya (dari NST) bukan kerana saya curi duit atau tak profesional. Itu soal politik. Dan saya terima itu dengan hati terbuka kerana jawatan Ketua Pengarang NST dan akhbar kumpulannya adalah jawatan politik, perogatif Presiden Umno (hiring and firing). Bukan saya hendak menentang dia.

Kalau saya berniat begitu, mengapa tunggu tiga tahun untuk anjur program?

Dr M tentang itu masalah dia. Itu antara Badawi dengan Dr M. I tak ada apa-apa. I have no problems with Badawi. He can continue to be Prime Minister if the people want him, saya cuma hendak dia bawa negara kepada peringkat yang lebih tinggi daripada Dr M.

Terpenting dia mesti selesaikan masalahnya dengan Dr M yang memberinya jawatan itu (PM).

Yang penting juga Malaysia, jangan jadi orang suruhan Amerika dan sebagainya. Buat apa nak marah kat UN (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), UN tak ada kuasa, yang berkuasa adalah Security Council. Majlis Keselamatan ini dikuasai oleh Amerika. Kutuklah Amerika kalau berani?

No comments:

Post a Comment